SELAMAT DATANG

Friday 29 May 2015

Segamat dilanda banjir untuk kali yang kedua 2011
PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
selamat mencuba
Assalamualaikum
Selamat bercuti buat semua guru dan murid-murid di Malaysia.
Manfaatkan cuti sekolah bersama keluarga tercinta dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
Kepada yang pulang ke kampung , berhati-hati di jalan raya.
Yang bertugas, selamat menjalankan tugas dengan komited dan bertanggungjawab.
Selamat kembali bertugas dan bersekolah dengan penuh rasa bersemangat pada 14 Jun nanti.